Aimi Asrina
Jul 11, 2021

--

Surihati

Aku adalah surihati rumah
Kuhias rumahku dengan agama, kasih sayang dan ilmu
Anak-anakku diajar hidup berilmu dan bertuhan
Kepala rumahku, kuingatkan perintah dan larangan Tuhan
Walau berkali aku jatuh, aku bangun penuh harapan
Sambil ratib senduku, kuzikir Tuhan Tuhan Tuhan

Aku juga surihati ummah
Dalam keramaian kuhulurkan sumbangan buah fikiran dan bantuan
Kerna aku tahu amalku tidak banyak
Dan kutahu secebis kelebihan adalah amanah dari Tuhan
Dalam keringatku bekerja seharian
Kuingatkan teman-teman dengan Tuhan Tuhan Tuhan

Kerna aku surihati rumah dan surihati ummah
Hidup dan matiku kerana Tuhan ar-Rahman

Photo by M.T ElGassier on Unsplash

--

--

Aimi Asrina
0 Followers

Just realized self-love can be so amazing.